WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Hidup Aktif Jiwa Positif - Mengatasi Obesiti Dengan Konsisten (W153)
10 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 9 Jun 2026, Selasa – Seramai dua orang peserta daripada komuniti setempat telah menyertai Program Studio Sihat bertajuk “Hidup Aktif, Jiwa Positif: Mengatasi Obesiti Dengan Konsisten” yang diadakan di NADI Bengoh. Program ini telah ditayangkan melalui saluran YouTube Studio Sihat dan diikuti oleh peserta dari pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Sesi webinar yang disampaikan oleh Mohamad Fazrullah Bin Lias, seorang fisioterapis, memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan bagi menangani masalah obesiti. Peserta turut mempelajari bahawa penurunan berat badan bukan hanya bergantung kepada diet yang ketat atau senaman yang ekstrem, sebaliknya memerlukan konsistensi, pemahaman terhadap kemampuan tubuh sendiri serta perubahan gaya hidup yang dilakukan secara berperingkat.
Selepas tamat sesi webinar, peserta telah mengikuti saringan kesihatan percuma yang diadakan di NADI Bengoh pada pukul 4.00 petang. Aktiviti saringan ini memberi peluang kepada peserta untuk mengetahui status kesihatan semasa mereka serta mendapatkan maklumat awal berkaitan penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit.
Penganjuran program seperti ini diharap dapat terus membantu meningkatkan tahap kesedaran kesihatan dalam kalangan komuniti setempat serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat demi kesejahteraan bersama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: